PIBG WAJAR PATUH KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUH PPSMI

Wednesday, March 24, 2010

Petikan dari Utusan Malaysia - 24 Mac 2010
KUALA LUMPUR 23 Mac — Semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara wajar mematuhi keputusan kerajaan memansuhkan dan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, masa yang mencukupi telah diberikan bagi membahaskan isu ini sebelum kerajaan mengambil langkah itu.
Wee mengulas laporan akhbar hari ini bahawa PIBG tidak dibenarkan membincangkan perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar Kementerian Pelajaran.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman dipetik sebagai berkata, kementerian itu menerima maklumat bahawa dasar PPSMI telah dimasukkan sebagai sebahagian agenda mesyuarat PIBG di beberapa buah sekolah dan tindakan akan diambil terhadap jawatankuasa PIBG jika perkara itu masih dibahaskan. - Bernama

UPSR 2006 - 2010

UPSR 2006 - 2010