PIBG WAJAR PATUH KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUH PPSMI

Wednesday, March 24, 2010

Petikan dari Utusan Malaysia - 24 Mac 2010
KUALA LUMPUR 23 Mac — Semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara wajar mematuhi keputusan kerajaan memansuhkan dan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, masa yang mencukupi telah diberikan bagi membahaskan isu ini sebelum kerajaan mengambil langkah itu.
Wee mengulas laporan akhbar hari ini bahawa PIBG tidak dibenarkan membincangkan perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar Kementerian Pelajaran.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman dipetik sebagai berkata, kementerian itu menerima maklumat bahawa dasar PPSMI telah dimasukkan sebagai sebahagian agenda mesyuarat PIBG di beberapa buah sekolah dan tindakan akan diambil terhadap jawatankuasa PIBG jika perkara itu masih dibahaskan. - Bernama

TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK

Tuesday, March 23, 2010

16 Mac 2010 ( Selasa ) - Teknik menjawab soalan UPSR kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah diadakan. Penceramah bagi kertas UPSR Bahasa Inggeris ialah En Gobalakrishna A/L Mahaletchumanan dari SK Dato' Kamaruddin.Ceramah bermula 8.00 pg-10.00 pg.Pada pukul 10.30-12.30 tgh pula diadakan teknik menjawab soalan UPSR Bahasa Melayu, yang disampaikan oleh En Ramli bin Sabran, Guru cemerlang dari SK Sungai Tungku teluk Intan.Kehadiran seramai 51 dari 78 orang murid.


MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK

15 Mac 2010 ( Isnin )- Ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan UPSR kertas Matematik telah diadakan. Penceramah motivasi ialah En Zulkepli bin Zainol Din dari SMK Chenderiang.Ceramah bermula 8.00 pg-10.00 pg.Pada pukul 10.30-12.30 tgh pula diadakan teknik menjawab soalan UPSR Matematik, yang disampaikan oleh En Saidin bin Ardi, PK HEM SK Slim River.Kehadiran seramai 62 dari 78 orang murid.



PETIKAN DARI WEBLOG PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI


Sekalung ucapan "Syabas dan tahniah" oleh pihak Sekretariat Pembangunan Komuniti, Persatuan Pelajar Siswazah UPSI kepada PIBG SK Methodist kerana akan menjayakan majlis pelancaran weblog tersebut. Hakikatnya, usaha gigih Setiausaha PIBG (Pn Salmi bt Ali) sekolah tersebut dengan bantuan dan sokongan AJK PIBG dalam menyemarakkan weblog itu.

Semoga Weblog PIBG adalah pencetus kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Batang Padang untuk menjadikan weblog PIBG sebagai wadah berinformasi untuk komuniti sekolah masing-masing.

Sekali lagi, pihak sekretariat mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan komuniti SK Methodist yang dipimpin oleh YDP PIBG (Dr Ong Eng Tek) yang berkaliber dan barisan ajk yang mantap dan bersedia menghadapi setiap cabaran dan perubahan yang berlaku.

Pastinya, majlis pelancaran weblog ini akan berlangsung pada 13 Mac 2010 (Sabtu) dengan jayanya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Suhairun b Baharudin, Pengerusi Kelompok 6, Daerah Batang Padang, Tanjong Malim, Perak.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 DAN PELANCARAN WEBLOG PIBG

Perasmi Mesyuarat Agung PIBG serta Pelancaran Weblog oleh Tn Hj Ahmad Suhairun bin Baharudin, Pengerusi Sekolah Kelompok 6

13 Mac 2010 - Syukur Alhamdulillah dengan izinNYA Mesyuarat Agung PIBG Kali 30 dan Pelancaran Weblog PIBG sekolah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Perasmian oleh mantan Guru Besar, merangkap Pengerusi Sekolah Kelompok 6, Tn Hj Ahmad Suhairun bin Baharudin.Beliau juga merupakan Guru Besar SK Behrang.

Pengerusi Majlis En Md Khairul Azli

 
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Naim

Ucapan YDP Dr Ong Eng Tek

Ucapan GB En Mohd Mazli b Mohd Arif

  
Pelancaran Weblog PIBG

Sebahagian daripada AJK PIBG dari kiri En Sivanesan, En Zulkifli, NYDP En Zainal Abidin, YDP Dr Ong, GB En Mohd Mazli, Bendahari En Mohd Zamri dan SU Pn Salmi

 
Sebahagian daripada ibubapa

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

12 Mac 2010 ( Jumaat )- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 26 R'Awal 1431H. Bagi murid bukan islam aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Moral telah diadakan. Aktiviti dimulakan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh ustaz Mohd Naim bin Mohamad. Seterusnya diadakan pertandingan bercerita, hafazan, tilawah dan selawat.  Manakala bagi murid moral diadakan pertandingan mewarna dan tulisan cantik.

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Naim

Bagi memberkati majlis doa dibaca oleh adik Mohd Fahmi

Peserta pertandingan hafazan

Peserta pertandingan bercerita

Bercerita dengan penuh yakin

Tilawah oleh adik Annur tahun 4

Peserta memperdengarkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW

Begitu lancar melafazkan apa yang diminta oleh ustazah Zainab.




CERAMAH DISIPLIN



8 Mac 2010 - Ceramah disiplin bertajuk Pembangunan Diri telah disampaikan oleh En Azizul bin Che Mat Penolong Kanan Petang dari SMK Methodist Tanjong Malim. Program ini di bawah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

MINGGU BAHASA MELAYU

Monday, March 22, 2010

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 1.3.2010 hinga 5.3.2010 dibawah Panitia Bahasa Melayu, dimana Ketua Panitianya adalah Cikgu Noridayu bt Ismail. Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan sajak, pantun, bercerita dan membaca berita.Setiap kelas diwakili oleh 2 orang murid.

AKTIVITI KOKURIKULUM KALI PERTAMA

27 Februari 2010 - Aktiviti kokurikulum kali pertama telah diadakan. Aktiviti adalah kelas tambahan tahun 6, Ceramah Dan Bengkel Kepimpinan Pengawas, yang telah disampaikan oleh En Ahmad bin Sabri dari SMK Syeikh Abdul Ghani serta Kem bestari Solat bagi tahun 1,2 dan 3.


BENGKEL PEMBINAAN WEBLOG PIBG FASA 2

Petikan dari Blog Program Pembangunan Komuniti

 23, Feb 2010, Tapah Road - Kursus Pembangunan Komuniti Fasa Ke-2 telah berjaya dilaksanakan di PKG Tapah Road. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Pelajar Siswazah, UPSI dengan kerjasama PPD Batang Padang. Seramai 31 orang guru-guru sekolah rendah dan menengah khususnya SU PIBG sekolah dalam daerah Batang Padang memberi komitmen sepenuhnya untuk membina komuniti sekolah berasaskan blog.

Kursus pembinaan blog ini disampaikan oleh En Saridul, Penyelaras PKG Gopeng, Perak. Kreadibiliti beliau sememangnya diakui oleh PPD Batang Padang akan pengetahuannya dalam kursus pembinaan blog.

Sebilangan besar peserta telah mampu membina blog PIBG sekolah masing-masing sebagai bukti mudahnya pembinaan blog. Malahan blog ini juga mampu menjana komuniti sekolah dalam kalangan ibu bapa pelajar, para pelajar, guru-guru, NGO di sekitar sekolah.

Tahniah dicupakan kepada semua peserta dan individu yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.


Penceramah, En. Saridul, Penyelaras PKG Gopeng sedang memberi taklimat berkaitan tatacara membina blog.

Sokongan En Mohd Shukri dan En Roslan, wakil rasmi PPD Batang Padang turut membantu peserta kursus.

Semua peserta sedang melahirkan kreativiti masing-masing.

Cikgu-cikgu yang sedang meneroka tatacara membina blog.


Penumpuan dalam membina blog amat penting.


Peserta yang khusyuk memperkemaskan blog masing-masing.


Urusetia yang sedang membantu peserta dalam pembinaan blog secara individu.

Pengarah Program Pembangunan Komuniti turut membantu peserta untuk membina blog.

Terdapat 6 buah sekolah terpilih untuk menerima cenderahati daripada pihak penganjur. 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

Kategori Sekolah Rendah :
1. SK Slim Village
2. SK Aminuddin Baki
3. SK Tanjong Malim

Kategori Sekolah Menengah:
1. SMK Bidor
2. SMJK Katholik
3. SMK Air Kuning

KURSUS PEMBINAAN WEBLOG PIBG SEKOLAH FASA 1

Petikan dari Blog Program Pembangunan Komuniti

5-6 Februari 2010 - Tanjong Malim : Perjalanan Program Pembangunan Komuniti anjuran Persatuan Pengajian Siswazah, UPSI dengan kerjasama Intitut Pengajian Siswazah, UPSI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada IREX, US States of Department.

Peserta program ini ialah SU PIBG sekolah rendah dan menengah yang terpilih dalam daerah Batang Padang dan Hulu Selangor. Seramai 81 buah sekolah dijemput hadir. Namun, hanya 3/4 daripada peserta yang dijemput telah hadir. Ini berkemungkinan kekangan masa yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Pelbagai aktiviti yang disusun khususnya untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kualiti kepimpinan SU PIBG sekitar UPSI sejajar dengan tema program iaitu 'Guru sebagai Pemimpin Sekolah dan Komuniti'.


UPSR 2006 - 2010

UPSR 2006 - 2010