Thursday, July 1, 2010


MESYUARAT AJK PIBG SK METHODIST
TARIKH
5.7.2010 ( Isnin )
MASA
3.00 ptg.
TEMPAT
Bilik Mesyuarat

SELAMAT DATANG PK HEM BARU

Tuesday, June 29, 2010

29 Jun 2010 - SK Methodist menerima kehadiran PK HEM yang baru menggantikan Pn Hjh Fatimah yang telah bersara, beliau adalah Pn Normah bt Ahmad. Beliau telah mendaftarkan diri di SK Methodist pada 16 Jun 2010 iaitu pada cuti penggal persekolahan. Moga dengan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi pentadbiran sekolah serta dapat menyumbang idea-idea dan suntikan semangat kepada semua guru, staf dan murid khususnya.

MINGGU KOKURIKULUM - Aktiviti Persatuan

Sunday, June 27, 2010

26 Jun 2010 ( Sabtu ) - Sempena Minggu Kokurikulum beberapa aktiviti persatuan telah diadakan pada hari ini antaranya Spelling Bee, Pakaian Kreatif, Congkak, Catur, Scrabble dan Pertandingan membuat Sandwich.

 
Pertandingan  Membuat Sandwich

Pertandingan Congkak

 
Pertandingan Catur

 Pertandingan Pakaian Kreatif
 
 
Pertandingan Scrabble

Aktiviti diakhiri dengan penyampaian hadiah

CERAMAH PENGURUSAN MASA ANJURAN LPPKN

23 Jun 2010 ( Rabu ) - Ceramah tentang Pengurusan Masa telah diadakan, penceramah Cik Aida Murni, Kaunselor LPPKN Tanjong Malim. Penglibatan adalah murid tahun 5.

 Ceramah disampaikan oleh Cik Aida Murni



PROGRAM KEPIMPINAN CEMERLANG

22 Mei 2010 ( Sabtu ) - Program Kepimpinan Cemerlang telah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Pn Nor Azian bt Mohamed Bukhari. Penglibatan adalah dari murid tahun 4 dan 5. Pukul 10.30 pagi Bengkel Kepimpinan pula diadakan.

 Ceramah disampaikan oleh Pn Nor Azian bt Mohamed Bukhari

 Murid tekun menyiapkan tugasan yang diberikan

Pembetangan hasil tugasan

CERAMAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

1 Jun 2010 ( Rabu ) - Sempena Program Minggu Antidadah Peringkat Sekolah, program seterusnya adalah ceramah tentang Penyalahunaan Dadah Dalam Kalangan Murid Sekolah yang telah disampaikan oleh Inspektor Fadli bin Ahmad Pegawai Operasi dari Cawangan Narkotik IPD Slim River. Ceramah telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah yang melibatkan semua murid dan guru.

Inspektor Fadli bin Ahmad


2 Jun ( Khamis ) - Pertandingan Kuiz dan Melukis Poster telah diadakan.

PROGRAM ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2010

31 Mei 2010 ( Isnin ) - Program Minggu Antidadah Peringkat Sekolah telah diadakan bermula 31 Mei. Program adalah di bawah anjuran Unit Bimbingan Sekolah di bawah Cikgu Razni bt Ridzuan. Aktiviti yang diadakan adalah Ceramah dan Pameran Antidadah, Ceramah Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Murid Sekolah, Pertandingan Kuiz dan Melukis Poster. Sempena Program Minggu Antidadah Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2010 hari ini bertempat di Dewan SKM bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi telah diadakan ceramah anti dadah yang telah disampaikan oleh En. Idris bin Husin dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Batang Padang. Semua murid dan guru terlibat. Banyak ilmu yang berkaitan dengan dadah, terutamanya tentang penyalahgunaannya dapat kami perolehi dari ceramah tersebut. Terima kasih diucapkan. Selain itu juga Pameran Antidadah juga diadakan. Kami dapat menemubual pegawai-pegawai dari AADK tentang bahan-bahan yang dipamerkan.

En Idris bin Husin

Pegawai dari AADK Daerah Batang Padang
Pameran turut diadakan

ENGLISH WEEK

Monday, May 31, 2010

SK Methodist Tanjong Malim held its English Week from 17th May to 21th May 2010. The activities carried out were Poetry Recitation, News Reading, Story Telling, Public Speaking, Nursery Rhymes, Reading Aloud, Sentences Construction and Actions. Participation  from the pupils were very encouraging.

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Monday, May 17, 2010

17 Mei 2010 - Bagi memperingati Hari Guru, beberapa aktiviti telah diadakan di tapak perhimpunan. Selepas aktiviti diadakan P & P berjalan seperti biasa. Terima kasih kepada Bank Rakyat dan bekas murid SK Methodist, adik Muhammad Syafiq yang menyumbang kek Hari Guru.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shahili
Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran Malaysia
Membaca Perutusan  YAB Menteri Pelajaran Malaysia


Ucapan Hari Guru dari Tuan Guru Besar
Ucapan Wakil Murid
Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Guru-guru sesi pagi
 
Persembahan Choral Speaking
Nyanyian Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa

Acara pertukaran hadiah antara guru
Acara penyampaian cenderahati Pengawas Sekolah kepada guru

Persembahan Sajak Ibu dan Sajak Untuk Guru oleh Pn Patimah, PK 1

HARI GOTONG ROYONG PERDANA

15 Mei 2010 - Gotong Royong Perdana telah berjaya diadakan pada peringkat sekolah, dengan kehadiran guru, ibubapa/penjaga dan sebilangan murid. Gotong royong mengemas bilik J-QAF dan surau, bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah dan mengecat bingkai tingkap Dewan SK Methodist.

Kerja-kerja mengemas Bilik Kemahiran Hidup

 

 Kerja-kerja mengemas Surau dan Bilik J-QAF

 

Kerja-kerja mengemas Pusat Sumber Sekolah

 Kerja-kerja mengecat bingkai tingkap Dewan SK Methodist

Kerja-kerja mengemas Pusat Sumber Sekolah

SELAMAT HARI GURU

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

Thursday, May 13, 2010

Sempena sambutan perayaan Hari Guru, semua sekolah di negeri Perak mengadakan serentak aktiviti gotong royong perdana peringkat sekolah. Bagi memeriahkan aktiviti ini, pihak sekolah disarankan bukan sahaja melibatkan guru dan murid tetapi digalakkan juga melibatkan ibubapa dan masyarakat setempat.
Justeru itu, tuan/puan dijemput untuk sama menyertai aktiviti gotong royong perdana tersebut yang akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Mei 2010 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Methodist

Kehadiran dan kerjasama pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan agar program ini dapat berjalan lancar dan diucapkan terima kasih.

PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ZOOM-A

Merujuk kepada perkara di atas dan surat yang diedarkan pada ibubapa/penjaga Tahun 6 bertarikh 12.5.2010.Kepada ibubapa/penjaga yang berminat boleh membuat pembayaran RM10.00 kepada guru kelas dan guru yang terlibat akan membuat pembayaran kepada One Touch Education Sdn. Bhd. bagi mendapatkan kata laluan murid dan ibubapa.Untuk keterangan lanjut sila layari http:/www.zoom-a.com.

TEMASYA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 47 2010 - Track And Field

Thursday, April 29, 2010

Temasya Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 47 telah berlangsung pada 29 April 2010 bertempat di padang SK Methodist, bermula seawal 7.30 pagi. Perasmian oleh Tn Hj Ahmad Sukri Hamidi bin Abdul Hamid , Pengurus Besar PROTON Holdings berhad.

Tn Hj Ahmad Sukri Hamidi bin Abdul Hamid


Maskot Rumah

Bacaan Ikrar


Gambar sekitar Temasya Kejohanan Olahraga SK Methodist boleh dilihat pada Web Album Picasa dibawah
    

2010-04-29 - rahmansharifah - Picasa Web Albums

Gambar Sukan Negeri, Sukaneka Sekolah dan Sukan Sekolah

2010-04-24 - pibg - Picasa Web Albums

Gambar Sukan Sekolah Negeri Perak

PIBG WAJAR PATUH KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUH PPSMI

Wednesday, March 24, 2010

Petikan dari Utusan Malaysia - 24 Mac 2010
KUALA LUMPUR 23 Mac — Semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara wajar mematuhi keputusan kerajaan memansuhkan dan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, masa yang mencukupi telah diberikan bagi membahaskan isu ini sebelum kerajaan mengambil langkah itu.
Wee mengulas laporan akhbar hari ini bahawa PIBG tidak dibenarkan membincangkan perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar-dasar Kementerian Pelajaran.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman dipetik sebagai berkata, kementerian itu menerima maklumat bahawa dasar PPSMI telah dimasukkan sebagai sebahagian agenda mesyuarat PIBG di beberapa buah sekolah dan tindakan akan diambil terhadap jawatankuasa PIBG jika perkara itu masih dibahaskan. - Bernama

TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK

Tuesday, March 23, 2010

16 Mac 2010 ( Selasa ) - Teknik menjawab soalan UPSR kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah diadakan. Penceramah bagi kertas UPSR Bahasa Inggeris ialah En Gobalakrishna A/L Mahaletchumanan dari SK Dato' Kamaruddin.Ceramah bermula 8.00 pg-10.00 pg.Pada pukul 10.30-12.30 tgh pula diadakan teknik menjawab soalan UPSR Bahasa Melayu, yang disampaikan oleh En Ramli bin Sabran, Guru cemerlang dari SK Sungai Tungku teluk Intan.Kehadiran seramai 51 dari 78 orang murid.


MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK

15 Mac 2010 ( Isnin )- Ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan UPSR kertas Matematik telah diadakan. Penceramah motivasi ialah En Zulkepli bin Zainol Din dari SMK Chenderiang.Ceramah bermula 8.00 pg-10.00 pg.Pada pukul 10.30-12.30 tgh pula diadakan teknik menjawab soalan UPSR Matematik, yang disampaikan oleh En Saidin bin Ardi, PK HEM SK Slim River.Kehadiran seramai 62 dari 78 orang murid.



PETIKAN DARI WEBLOG PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI


Sekalung ucapan "Syabas dan tahniah" oleh pihak Sekretariat Pembangunan Komuniti, Persatuan Pelajar Siswazah UPSI kepada PIBG SK Methodist kerana akan menjayakan majlis pelancaran weblog tersebut. Hakikatnya, usaha gigih Setiausaha PIBG (Pn Salmi bt Ali) sekolah tersebut dengan bantuan dan sokongan AJK PIBG dalam menyemarakkan weblog itu.

Semoga Weblog PIBG adalah pencetus kepada sekolah-sekolah lain dalam daerah Batang Padang untuk menjadikan weblog PIBG sebagai wadah berinformasi untuk komuniti sekolah masing-masing.

Sekali lagi, pihak sekretariat mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah dan komuniti SK Methodist yang dipimpin oleh YDP PIBG (Dr Ong Eng Tek) yang berkaliber dan barisan ajk yang mantap dan bersedia menghadapi setiap cabaran dan perubahan yang berlaku.

Pastinya, majlis pelancaran weblog ini akan berlangsung pada 13 Mac 2010 (Sabtu) dengan jayanya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Suhairun b Baharudin, Pengerusi Kelompok 6, Daerah Batang Padang, Tanjong Malim, Perak.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 DAN PELANCARAN WEBLOG PIBG

Perasmi Mesyuarat Agung PIBG serta Pelancaran Weblog oleh Tn Hj Ahmad Suhairun bin Baharudin, Pengerusi Sekolah Kelompok 6

13 Mac 2010 - Syukur Alhamdulillah dengan izinNYA Mesyuarat Agung PIBG Kali 30 dan Pelancaran Weblog PIBG sekolah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Perasmian oleh mantan Guru Besar, merangkap Pengerusi Sekolah Kelompok 6, Tn Hj Ahmad Suhairun bin Baharudin.Beliau juga merupakan Guru Besar SK Behrang.

Pengerusi Majlis En Md Khairul Azli

 
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Naim

Ucapan YDP Dr Ong Eng Tek

Ucapan GB En Mohd Mazli b Mohd Arif

  
Pelancaran Weblog PIBG

Sebahagian daripada AJK PIBG dari kiri En Sivanesan, En Zulkifli, NYDP En Zainal Abidin, YDP Dr Ong, GB En Mohd Mazli, Bendahari En Mohd Zamri dan SU Pn Salmi

 
Sebahagian daripada ibubapa

UPSR 2006 - 2010

UPSR 2006 - 2010